Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok

Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok - Hallo sahabat theTV DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok
link : Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok

Baca juga


Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok

SEDEKAH JUMAAT.
MEMBAIK PULIH RUMAH WARGA EMAS.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521.
Kesetiaan dan kasih sayang pasangan warga emas ini sewajarnya menjadi contoh kepada kita semua dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Dalam usia yang sudah lanjut, menjaga dan menguruskan pasangan yang lumpuh bukanlah suatu tanggung jawab yang mudah.
Namun itulah yang dilalui oleh ayahanda kita Hashim Bin Ahmad – 71 tahun demi tanggung jawab atas rasa cinta kasihnya terhadap isteri kesayangan Saliha Binti Din – 65 tahun.
Mereka tinggal berdua dalam rumah yang usang dan uzur.
Bekerja kampung sejak muda, ayahanda kita sebelum ini kerjanya mencari ketam nipah. Malangnya sejak bonda jatuh sak1t, semuanya terpaksa dihentikan. Mujurlah ada bantuan dari LZNK dan JKM, mereka tidak perlu lagi risau tentang makan minum.
 
Meskipun keadaan rumah kelihatan tidak terurus …tetapi isteri tercinta dijaga rapi dan bersih. Tiada bed sore walaupun sudah 10 tahun terlantar akibat str0ke. Tiada juga bau yang kurang menyenangkan. Terjahlah pada bila-bila masa pun, keadaan isteri tetap bersih.
Hikmah dariNya, dalam keadaan lanjut usia … Allah anugerahkan kesihatan yang baik utk ayahanda kita. Selain pendengaran yang kian kurang, beliau tiada masalah kesihatan lain.
Dinding rumah ini terpelohong dan berlubang di sana sini. Kalau hujan … tempiasnya bukan sahaja mengena barang-barang di dalam rumah bahkan menyebabkan pasangan ini merengkok kedinginan terutama di tengah malam. Sungguh tidak sampai hati membayangkan keadaan itu.
Sebelum ini, kita ada membeli sebuah katil khas utk kelesaan bonda kita. Dan kini, kita akan membaik pulih rumah usang ini sekadar yang perlu demi kelesaan mereka berdua dalam meniti sisa hidup bersama yang kian senja.
Kos anggaran kita ialah RM 6K. Maka itu, Sedekah Jumaat kita hari ini kita niatkan kepada ayahanda kita Hashim Bin Ahamd dengan tujuan membaik-pulih rumahnya yang uzur.
Kerja- kerja membaik pulih akan dijalankan secepat mungkin bergantung kepada stok barangan pembinaan.
Terima kasih kepada semua penyumbang atas sokongan kepada perjalanan Sedekah Jumaat kita selama ini. Hari ini hari mereka … kita bantulah dengan penuh kasih sayang. Semoga kelak Allah kurniakan kita dengan husnul khatimah. Jumaat yang barokah di bulan yang mulia ini, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita …


Demikianlah Artikel Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok

Sekianlah artikel Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok dengan alamat link https://www.thetv.me/2020/05/betapa-indahnya-cinta-biarpun.html

0 Response to "Betapa Indahnya Cinta; Biarpun Dibelenggu Kemiskinan Suami Setia Jaga Isteri Strok"

Posting Komentar